Thursday, December 23, 2010

Gelanggang Futsal Pangsapuri Megah Villa Siap Dibina

Desember 2010. Untuk makluman penduduk Pangsapuri Megah Villa, gelanggang futsal telah siap dibina. Kini cuma menunggu penyerahan kunci dari pihak kementerian sahaja.

Dikesempatan ini JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah berusaha menjayakan projek ini. Mereka adalah En. Jamal (Pengerusi JMB PMV), En. Rosman (Belia 4B), En. Ismail (Penyelia PMV), En. Wan Kamarudin dan ramai lagi.

Satu upacara perasmian akan diadakan pada hari yang akan ditetapkan kemudian. Diharapkan terbinanya gelanggang futsal ini akan melahirkan penduduk PMV yang sehat dan cergas.





Gelanggang futsal ini sebenarnya mengandungi 2 jenis gelanggang permainan lain iaitu bola jaring dan takraw. Dimasa akan datang pihak JMB seperti yang telah diluluskan dalam AGM 2009 akan menambah bumbung pada gelanggang tersebut.

Sunday, October 17, 2010

Gelanggang Futsal Pangsapuri Megah Villa

Oktober 2010. Pada bulan lalu satu berita gembira diterima oleh Badan Pengurusan apabila mendapat pengesahan bahawa permohonan membina gelanggang futsal telah mendapat kelulusan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada AGM 2009 tahun lalu, antara agenda yang diluluskan adalah menaik taraf galanggang permainan PMV. Menyedari akan perbelanjaan yang besar diperlukan, maka Pengerusi JMB telah bermuafakat dengan pertubuhan Belia agar memohon kepada kerajaan agar dapat menaja modal bagi tujuan tersebut. Kesinambungan dari itu kertas kerja disediakan dan pada peringkat awalnya gelanggang yang dipohon adalah berbumbung. Tetapi pembinaan bumbung dibatalkan kerana masalah peruntukan yang terhad.

Setelah beberapa lawatan oleh pihak berkenaan maka pada bulan oktober ini pihak kontraktor telah memulakan projek dengan membina tandas diikuti gelanggang, pagar 10 kaki dan lampu spot light.

Pihak Badan Pengurusan mewakili para penduduk keseluruhannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana merealisasikan impian kami.

Berikut adalah gambar kerja awal pembinaan yang telah dilakukan.

Gotong-Royong Membina Parkir Motor Sementara Di Blok A

Sabtu, Oct 2, 2010. Satu gotong-royong membina parkir motor sementara telah berjaya dilaksanakan oleh para penduduk blok A. Setelah memohon kepada Badan Pengurusan JMB PMV. Peruntukan sebanyak RM 1000 telah diluluskan dengan syarat ia dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk.

Tujuan membina parkir motor sementara ini adalah untuk menyeragamkan susunan motor yang parkir didalam blok agar tidak menghalang laluan. Terbinanya parkir motor ini diharapkan dapat mengindahkan lagi keaadan dalaman blok supaya lebih tersusun dan kemas.

Sebelum ini penduduk blok K telah memulakan dahulu atas dasar percubaan. Mereka melakukannya dengan inisiatif sendiri dan budget sendiri. Setelah melihat hasilnya terdapat beberapa blok telah memohon. Maka Badan Pengurusan berasa perkara ini adalah wajar dan dibenarkan sementara parkir motor yang kekal dibina diluar bangunan.

Pihak JMB PMV mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk blok A dan mereka yang menjayakan program tersebut, walaupun dengan budget yang amat sedikit.

Berikut adalah gambar-gambar untuk tatapan bersama.

Friday, October 15, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Pangsapuri Megah Villa 2010

Sabtu, 2 Oct 2010. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pangsapuri Megah Villa telah berlangsung di depan dewan serbaguna PMV. Rumah terbuka kali ini adalah anjuran blok-G bersama dengan JMB.  Pemilihan blok G sebagai tuan rumah adalah kerana kesanggupan warga blok G sendiri menawarkan diri untuk  menjadi tuan rumah. Perancangan telah dibuat sebelum bulan Ramadhan lagi, diikuti penubuhan AJK majlis.

Selepas blok G menawarkan diri terdapat beberapa blok yang lain cuba melobi untuk menjadi tuan rumah pada tahun hadapan. Akhirnya cabutan terpaksa dibuat pada hari Rumah Terbuka tersebut dan dimenangi oleh blok E.

Pada majlis tersebut beberapa atucara dijalankan seperti pertandingan baju raya tercantik, cabutan bertuah, derma untuk anak yatim dan banyak lagi. Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan kugiran D Putra dari AADK Sepang.

Pihak JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang sudi hadir. Berikut adalah beberapa gambar untuk tatapan bersama...

Lot Parkir Untuk OKU

September 2010. Untuk makluman penduduk, Badan Pengurusan Pangsapuri telah memperuntukan lot parkir untuk orang kurang upaya @ OKU. Buat permulaan lot parkir OKU boleh didapati di blok H, G dan K. Diharapkan penduduk yang bukan OKU tidak memakir kenderaan mereka di parkir lot tersebut.

Thursday, July 22, 2010

AGM 2010 Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Megah Villa

Pada Ahad, 4 Julai 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Agong JMB Pangsapuri Megah Villa kali ke-2. Majlis telah dihadiri oleh pemilik dan pembeli seramai 51 orang. Turut memeriahkan majlis ialah Suruhjaya Bangunan (C.O.B) Majlis Perbandaran Sepang.

Antara agenda yang telah diluluskan adalah:

  • mengesahkan minit AGM 2009
  • mengesahkan laporan kewangan 2009
Tiada agenda pembangunan dibentangkan kerana agenda yang telah diluluskan pada AGM 2009 yang lalu masih   
banyak yang belum terlaksana kerana masalah ketiadaan peruntukan yang mencukupi.

Untuk makluman, pada AGM tahun hadapan akan diadakan pemilihan baru ahli JMB. Diharapkan akan terdapat muka-muka baru yang benar-benar dapat berkhidmat dan memberi sumbangan atau idea bagi pembangunan Pangsapuri Megah Villa.








Sunday, June 27, 2010

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN BAGI SESI 2010

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN (JMB) 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Megah Villa akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan yang akan berlangsung seperti berikut:


  • AGM 2010
  • Tarikh- Ahad , 04 Julai 2010
  • Jam- 10.00 pagi
  • Tempat- Dewan Serbaguna Pangsapuri Megah Villa
Seluruh pemilik atau pembeli diminta hadir bagi melancarkan perjalanan mesyuarat.

Daripada- S.U JMB PMV

Monday, June 14, 2010

Pos Kawalan






Pada bulan Mei 2010 yang lalu, Badan Pengurusan Pangsapuri Megah Villa telah berjaya membina Pos Kawalan Berpalang di jalan masuk utama dan jalan bypass Pangsapuri Megah Villa. Seiring dengan penguatkuasaan 'house rule', sticker kenderaan. Oleh itu hanya kenderaan berpelekat pangsapuri Megah Villa sahaja yang dibenarkan masuk dan parkir di dalam kawasan premis pangsapuri.

Edaran notis penguatkuasaan peraturan tersebut telah diedarkan seawal bulan Mei 2010, ke setiap rumah. Bannner juga telah direntang untuk tujuan tersebut. Ia terpampang dilokasi masuk utama dan bypass pangsapuri.

Pada waktu ini Badan Pengurusan telah melantik beberapa sukarelawan yang akan bertugas menjaga pos kawalan dan palang tersebut. Oleh itu penduduk yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Tuan pengerusi En Jamal Masuri atau berhubung terus dipejabat pengurusan bertempat di dewan pangsapuri. Diharapkan terbinanya pos kawalan ini dapat mengurangkan kadar jenayah dan maksiat, disamping dapat mengawal kemasukan kontraktor yang tidak melaporkan kerja kepada Badan Pengurusan.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dimana lebih 800 buah rumah (drpd 960 unit) telah menghantar borang pelekat kenderaan MV6. Selain dari mendapatkan sticker kenderaan borang ini juga bertujuan untuk Badan Pengurusan membuat banci penduduk.

Di kesempatan ini pihak Badan Pengurusan ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang yang telah memberi sokongan kepada JMB dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Sekian terima kasih.

Meja Dan Kerusi Taman



Demi kemudahan penduduk yang beriadah di taman pangsapuri, pihak Badan Pengurusan telah menyediakan 18 set meja/kerusi batu yang diletakkan di lokasi strategik demi kemudahan penduduk. Oleh itu diharapkan penduduk dapat menggunakan kemudahan ini sebaiknya supaya ia dapat bertahan lama.

Wednesday, April 21, 2010

Tembok Batu 'Ucapan Selamat Datang'

Pada bulan Mac 2010, JMB Pangsapuri Megah Villa, telah meluluskan pembinaan tembok ucapan 'Selamat Datang Ke Pangsapuri Megah Villa',. Lokasi pembinaan berhampiran simpang jalan masuk utama diantara Blok M dan K. Tembok ini juga dilengkapi tiang untuk menggantung 'banner'. Sebelum ini banner hanya digantung diantara pokok-pokok.

Berikut adalah gambar-gambar pembinaan tembok tersebut.






Monday, April 19, 2010

Perjumpaan JMB Bersama Penduduk

Pada 2.00 petang, 28 Februari 2010 yang lalu, telah berlangsung satu majlis perjumpaan JMB bersama penduduk. Beberapa pihak telah dijemput, antaranya Lans. Kop. Zamberi (pondok polis Kota Warisan), En Hamdan (pengerusi surau Al Hijrah), En Rosman (Belia 4B), dan En Nor Aziz (pengerusi RT dan persatuan penduduk). Penduduk rumah teres juga turut dijemput. Majlis dipengerusikan oleh pengerusi JMB sendiri iaitu En Jamal Masuri.

Tujuan JMB Pangsapuri Megah Villa mengadakan pertemuan ini adalah untuk memaklumkan pembinaan pos kawalan berpalang di jalan masuk pangsapuri dan juga jalan bypass ke rumah teres. Juga penambahan kawasan parkir baru. Kelulusan Majlis Perbandaran Sepang telah diterima. Pembinaan akan bermula pada hujung bulan mac atau awal april nanti.








Maklum balas yang diterima daripada pihak-pihak yang dijemput dan juga penduduk adalah positif. Diharapkan terbinanya pos kawalan berpalang ini nanti akan dapat membendung gejala kecurian, maksiat dan lain-lain. Penambahan parkir kereta, diharapkan dapat mengurangkan kesesakan parkir kenderaan di pangsapuri ini.

Wednesday, April 7, 2010

Hari Belia Pangsapuri Megah Villa

Laporan Bergambar Hari Belia Pangsapuri Megah Villa anjuran Belia 4B dan JMB.

Klik pada ayat atas untuk tengok gambar...

Pangsapuri Megah Villa Di Facebook

Penerimaan laman sosial facebook di Malaysia memang memberangsangkan. Ini kerana sudah terdapat lebih 6 juta penduduk Malaysia yang berdaftar di laman web Facebook ini. Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib juga tidak ketinggalan.

Oleh itu setelah dipersetujui dalam satu mesyuarat peringkat AJK JMB PMV, maka Pangsapuri Megah Villa telah membuka laman web sosialnya di Facebook.

Diharapkan penduduk dan mereka yang ingin mengenali lebih dekat tentang Pangsapuri Megah Villa boleh berhubung dengan kami di laman web Facebook, seperti di bawah:
http://www.facebook.com/pages/Pangsapuri-Megah-Villa-Kota-Warisan

Segala komen dan pertanyaan boleh diajukan. Sekian, terima kasih.

Monday, January 25, 2010

BENGKEL MENJAHIT TULANG BELUT






Pada 23 Januari 2009, telah berlangsung satu program anjuran Giat Mara Sepang bersama JMB Pangsapuri Megah Villa, iaitu 'bengkel menjahit tulang belut'. Seramai 27 orang telah menerima sijil penyertaan bengkel tersebut.

Program bermula pada pukul 9.00pg dan berakhir pada pukul 3.00ptg. Pada masa akan datang pihak Giat Mara bercadang mengadakan bengkel membuat kek pula.

Program bermula pada pukul 9.00pg dan berakhir pada pukul 3.00ptg.