Monday, January 25, 2010

BENGKEL MENJAHIT TULANG BELUT






Pada 23 Januari 2009, telah berlangsung satu program anjuran Giat Mara Sepang bersama JMB Pangsapuri Megah Villa, iaitu 'bengkel menjahit tulang belut'. Seramai 27 orang telah menerima sijil penyertaan bengkel tersebut.

Program bermula pada pukul 9.00pg dan berakhir pada pukul 3.00ptg. Pada masa akan datang pihak Giat Mara bercadang mengadakan bengkel membuat kek pula.

Program bermula pada pukul 9.00pg dan berakhir pada pukul 3.00ptg.

HARI BERTEMU PELANGGAN



Pada 23 January 2010, telah diadakan 'Hari Bertemu Pelanggan' oleh JMB Pangsapuri Megah Villa bertempat di Dewan Serbaguna Pangsapuri tersebut. Ia adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada pembeli yang telah menerima surat peguam bagi menjelaskan yuran tertunggak yang gagal dibayar.

Melalui program ini, pembeli tersebut akan diberi 'payment option' bagi melangsaikan yuran tertunggak mereka. Ini adalah peluang terakhir untuk pembeli tersebut bagi mengelakkan pendakwaan di mahkamah kelak.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir pada hari tersebut, bolehlah datang ke pejabat pengurusan dengan kadar segera sebelum peguam mengambil tindakan selanjutnya.

PERTANDINGAN JMB SELANGOR


Pada November 2009 yang lalu satu pertandingan JMB peringkat Negeri Selangor telah dianjurkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. JMB Pangsapuri Megah Villa telah memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.

Hadiah pertandingan menawarkan kelengkapan pejabat bernilai RM10000. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, Pangsapuri Megah Villa telah menerima sijil pengiktirafan 'Gred Baik' daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 5 Disember 2009 satu seminar JMB peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam. Pangsapuri Megah Villa telah menghantar wakil, iaitu En Jamal, En Meor, En Ismail dan En Raduan ke seminar tersebut.

Pada seminar itu juga pemenang JMB terbaik Selangor diumumkan. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh YB Iskandar, EXCO Negeri Selangor.