Monday, January 25, 2010

PERTANDINGAN JMB SELANGOR


Pada November 2009 yang lalu satu pertandingan JMB peringkat Negeri Selangor telah dianjurkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. JMB Pangsapuri Megah Villa telah memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.

Hadiah pertandingan menawarkan kelengkapan pejabat bernilai RM10000. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, Pangsapuri Megah Villa telah menerima sijil pengiktirafan 'Gred Baik' daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 5 Disember 2009 satu seminar JMB peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam. Pangsapuri Megah Villa telah menghantar wakil, iaitu En Jamal, En Meor, En Ismail dan En Raduan ke seminar tersebut.

Pada seminar itu juga pemenang JMB terbaik Selangor diumumkan. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh YB Iskandar, EXCO Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment