Sunday, October 17, 2010

Gelanggang Futsal Pangsapuri Megah Villa

Oktober 2010. Pada bulan lalu satu berita gembira diterima oleh Badan Pengurusan apabila mendapat pengesahan bahawa permohonan membina gelanggang futsal telah mendapat kelulusan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada AGM 2009 tahun lalu, antara agenda yang diluluskan adalah menaik taraf galanggang permainan PMV. Menyedari akan perbelanjaan yang besar diperlukan, maka Pengerusi JMB telah bermuafakat dengan pertubuhan Belia agar memohon kepada kerajaan agar dapat menaja modal bagi tujuan tersebut. Kesinambungan dari itu kertas kerja disediakan dan pada peringkat awalnya gelanggang yang dipohon adalah berbumbung. Tetapi pembinaan bumbung dibatalkan kerana masalah peruntukan yang terhad.

Setelah beberapa lawatan oleh pihak berkenaan maka pada bulan oktober ini pihak kontraktor telah memulakan projek dengan membina tandas diikuti gelanggang, pagar 10 kaki dan lampu spot light.

Pihak Badan Pengurusan mewakili para penduduk keseluruhannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana merealisasikan impian kami.

Berikut adalah gambar kerja awal pembinaan yang telah dilakukan.

Gotong-Royong Membina Parkir Motor Sementara Di Blok A

Sabtu, Oct 2, 2010. Satu gotong-royong membina parkir motor sementara telah berjaya dilaksanakan oleh para penduduk blok A. Setelah memohon kepada Badan Pengurusan JMB PMV. Peruntukan sebanyak RM 1000 telah diluluskan dengan syarat ia dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk.

Tujuan membina parkir motor sementara ini adalah untuk menyeragamkan susunan motor yang parkir didalam blok agar tidak menghalang laluan. Terbinanya parkir motor ini diharapkan dapat mengindahkan lagi keaadan dalaman blok supaya lebih tersusun dan kemas.

Sebelum ini penduduk blok K telah memulakan dahulu atas dasar percubaan. Mereka melakukannya dengan inisiatif sendiri dan budget sendiri. Setelah melihat hasilnya terdapat beberapa blok telah memohon. Maka Badan Pengurusan berasa perkara ini adalah wajar dan dibenarkan sementara parkir motor yang kekal dibina diluar bangunan.

Pihak JMB PMV mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk blok A dan mereka yang menjayakan program tersebut, walaupun dengan budget yang amat sedikit.

Berikut adalah gambar-gambar untuk tatapan bersama.

Friday, October 15, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Pangsapuri Megah Villa 2010

Sabtu, 2 Oct 2010. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pangsapuri Megah Villa telah berlangsung di depan dewan serbaguna PMV. Rumah terbuka kali ini adalah anjuran blok-G bersama dengan JMB.  Pemilihan blok G sebagai tuan rumah adalah kerana kesanggupan warga blok G sendiri menawarkan diri untuk  menjadi tuan rumah. Perancangan telah dibuat sebelum bulan Ramadhan lagi, diikuti penubuhan AJK majlis.

Selepas blok G menawarkan diri terdapat beberapa blok yang lain cuba melobi untuk menjadi tuan rumah pada tahun hadapan. Akhirnya cabutan terpaksa dibuat pada hari Rumah Terbuka tersebut dan dimenangi oleh blok E.

Pada majlis tersebut beberapa atucara dijalankan seperti pertandingan baju raya tercantik, cabutan bertuah, derma untuk anak yatim dan banyak lagi. Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan kugiran D Putra dari AADK Sepang.

Pihak JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang sudi hadir. Berikut adalah beberapa gambar untuk tatapan bersama...

Lot Parkir Untuk OKU

September 2010. Untuk makluman penduduk, Badan Pengurusan Pangsapuri telah memperuntukan lot parkir untuk orang kurang upaya @ OKU. Buat permulaan lot parkir OKU boleh didapati di blok H, G dan K. Diharapkan penduduk yang bukan OKU tidak memakir kenderaan mereka di parkir lot tersebut.