Soalan Lazim

BAHAGIAN 1- (JMB)

-Apa itu JMB?
 Jawapan: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body, di tubuhkan dibawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007. Terdiri daripada 12 AJK (pembeli unit) dan 1 wakil pemaju. Juga dipanggil JMC.


-Apa tugas JMB?
Jawapan: Mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.