Sunday, June 27, 2010

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN BAGI SESI 2010

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN (JMB) 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Megah Villa akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan yang akan berlangsung seperti berikut:


  • AGM 2010
  • Tarikh- Ahad , 04 Julai 2010
  • Jam- 10.00 pagi
  • Tempat- Dewan Serbaguna Pangsapuri Megah Villa
Seluruh pemilik atau pembeli diminta hadir bagi melancarkan perjalanan mesyuarat.

Daripada- S.U JMB PMV

Monday, June 14, 2010

Pos Kawalan






Pada bulan Mei 2010 yang lalu, Badan Pengurusan Pangsapuri Megah Villa telah berjaya membina Pos Kawalan Berpalang di jalan masuk utama dan jalan bypass Pangsapuri Megah Villa. Seiring dengan penguatkuasaan 'house rule', sticker kenderaan. Oleh itu hanya kenderaan berpelekat pangsapuri Megah Villa sahaja yang dibenarkan masuk dan parkir di dalam kawasan premis pangsapuri.

Edaran notis penguatkuasaan peraturan tersebut telah diedarkan seawal bulan Mei 2010, ke setiap rumah. Bannner juga telah direntang untuk tujuan tersebut. Ia terpampang dilokasi masuk utama dan bypass pangsapuri.

Pada waktu ini Badan Pengurusan telah melantik beberapa sukarelawan yang akan bertugas menjaga pos kawalan dan palang tersebut. Oleh itu penduduk yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Tuan pengerusi En Jamal Masuri atau berhubung terus dipejabat pengurusan bertempat di dewan pangsapuri. Diharapkan terbinanya pos kawalan ini dapat mengurangkan kadar jenayah dan maksiat, disamping dapat mengawal kemasukan kontraktor yang tidak melaporkan kerja kepada Badan Pengurusan.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dimana lebih 800 buah rumah (drpd 960 unit) telah menghantar borang pelekat kenderaan MV6. Selain dari mendapatkan sticker kenderaan borang ini juga bertujuan untuk Badan Pengurusan membuat banci penduduk.

Di kesempatan ini pihak Badan Pengurusan ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang yang telah memberi sokongan kepada JMB dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Sekian terima kasih.

Meja Dan Kerusi Taman



Demi kemudahan penduduk yang beriadah di taman pangsapuri, pihak Badan Pengurusan telah menyediakan 18 set meja/kerusi batu yang diletakkan di lokasi strategik demi kemudahan penduduk. Oleh itu diharapkan penduduk dapat menggunakan kemudahan ini sebaiknya supaya ia dapat bertahan lama.