Wednesday, April 21, 2010

Tembok Batu 'Ucapan Selamat Datang'

Pada bulan Mac 2010, JMB Pangsapuri Megah Villa, telah meluluskan pembinaan tembok ucapan 'Selamat Datang Ke Pangsapuri Megah Villa',. Lokasi pembinaan berhampiran simpang jalan masuk utama diantara Blok M dan K. Tembok ini juga dilengkapi tiang untuk menggantung 'banner'. Sebelum ini banner hanya digantung diantara pokok-pokok.

Berikut adalah gambar-gambar pembinaan tembok tersebut.






Monday, April 19, 2010

Perjumpaan JMB Bersama Penduduk

Pada 2.00 petang, 28 Februari 2010 yang lalu, telah berlangsung satu majlis perjumpaan JMB bersama penduduk. Beberapa pihak telah dijemput, antaranya Lans. Kop. Zamberi (pondok polis Kota Warisan), En Hamdan (pengerusi surau Al Hijrah), En Rosman (Belia 4B), dan En Nor Aziz (pengerusi RT dan persatuan penduduk). Penduduk rumah teres juga turut dijemput. Majlis dipengerusikan oleh pengerusi JMB sendiri iaitu En Jamal Masuri.

Tujuan JMB Pangsapuri Megah Villa mengadakan pertemuan ini adalah untuk memaklumkan pembinaan pos kawalan berpalang di jalan masuk pangsapuri dan juga jalan bypass ke rumah teres. Juga penambahan kawasan parkir baru. Kelulusan Majlis Perbandaran Sepang telah diterima. Pembinaan akan bermula pada hujung bulan mac atau awal april nanti.








Maklum balas yang diterima daripada pihak-pihak yang dijemput dan juga penduduk adalah positif. Diharapkan terbinanya pos kawalan berpalang ini nanti akan dapat membendung gejala kecurian, maksiat dan lain-lain. Penambahan parkir kereta, diharapkan dapat mengurangkan kesesakan parkir kenderaan di pangsapuri ini.

Wednesday, April 7, 2010

Hari Belia Pangsapuri Megah Villa

Laporan Bergambar Hari Belia Pangsapuri Megah Villa anjuran Belia 4B dan JMB.

Klik pada ayat atas untuk tengok gambar...

Pangsapuri Megah Villa Di Facebook

Penerimaan laman sosial facebook di Malaysia memang memberangsangkan. Ini kerana sudah terdapat lebih 6 juta penduduk Malaysia yang berdaftar di laman web Facebook ini. Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib juga tidak ketinggalan.

Oleh itu setelah dipersetujui dalam satu mesyuarat peringkat AJK JMB PMV, maka Pangsapuri Megah Villa telah membuka laman web sosialnya di Facebook.

Diharapkan penduduk dan mereka yang ingin mengenali lebih dekat tentang Pangsapuri Megah Villa boleh berhubung dengan kami di laman web Facebook, seperti di bawah:
http://www.facebook.com/pages/Pangsapuri-Megah-Villa-Kota-Warisan

Segala komen dan pertanyaan boleh diajukan. Sekian, terima kasih.