Thursday, October 1, 2009

AKTIVITI GOTONG ROYONG MEMASAK LEMANG-KETUPAT-RENDANG








Pada bulan Ramadhan 2009 yang lalu, pihak pengurusan dan penduduk Pangsapuri Megah Villa telah sepakat mengadakan gotong royong membakar lemang, memasak rendang dan ketupat. Berikut adalah gambar-gambar untuk tatapan anda semua.

PAGAR PENGHALANG KENDERAAN




Pada September 2009, pihak pengurusan Pangsapuri Megah Villa telah mengambil langkah drastik bagi menghalang kenderaan bermotor memasuki landscape atau tanah berumput. Ini adalah kerana sikap tidak prihatin setengah penduduk yang secara sengaja memasuki kenderaan mereka kedalam kawasan yang tidak dibenarkan. Akibatnya rumput yang menutupi kawasan itu telah menjadi rosak.

Pada peringkat permulaan pemasangan halangan ini dibuat diantara parking lot blok K dan J, Blok J dan F, dan blok K dan M. Langkah ini diharapkan dapat membendung masalah rumput mati dan tanah yang berhabuk dalam kawasan landscape pangsapuri kita.

Saturday, September 12, 2009

BANJIR KILAT





Setiap kali hujan lebat, pasti menghantui penghuni blok E, F dan J. Ini kerana air hujan akan melimpah dan menenggelami kereta yang parking berhampiran sempadan ladang kelapa sawit dan parking lot pangsapuri Megah Villa. Pihak Pengurusan JMB telah menyewa jentolak atau backhoe untuk membentuk saluran keluar air limpahan hujan menuju masuk ke paya berhampiran ladang kelapa sawit tersebut. Langkah ini telah berjaya mengatasi masalah tersebut.

MESYUARAT AGUNG JMB 2009





Pada 9.00 malam, 15hb Ogos 2009 yang lalu, JMB PMV telah berjaya mengadakan AGM bagi tahun 2009. Sebelum itu disiang harinya telah berlangsung Hari Bersama JMB, dimana aktiviti sukanika dan pertandingan bola tampar tebuka diadakan. Program ini turut dijayakan dengan usahasama JMB PMV dan Belia 4B PMV.

Seramai 58 orang pembeli PMV telah hadir pada AGM kali ini. Beberapa usul telah berjaya dibentang dan diluluskan. Antaranya seperti berikut:

  1. Penambahan Parking motor dan kereta
  2. Pembinaan Guard Pos Berpalang
  3. Kiosk Perniagaan
  4. Pemasangan Batu Bunga Dalam Blok Bangunan
  5. Memasang Saluran Limpahan Tangki Air
  6. Membina Dewan Terbuka
  7. Sticker Kenderaan Bermotor
  8. Membina Pagar Batu
  9. Menebang Pokok Besar
  10. Penambahan Permainan Kanak-Kanak
  11. Pemasangan Pagar Gelanggang Futsal
  12. Memotong Tiang Basket Ball
  13. Pembelian Mesin Fogging
Pada AGM 2009 ini pembentangan akaun 2008 terpaksa ditangguhkan kerana kegagalan SPNB menyediakan akaun yang sudah beraudit. Atas kebenaran C.O.B maka satu EGM akan dipanggil khusus untuk membentangkan akaun 2008 sesudah ia diperolehi.

Mesyuarat ditangguhkan pada 11.25 malam. Pihak JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli yang sudi hadir.

























ISU TANAH MENDAP -2





Turutan dari keputusan mesyuarat di pejabat SUK Selangor oleh YB Iskandar, pada 9hb Julai 2009, lawatan tapak telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat:

SPNB
-En Zulkarnain (Pengurus Projek), Cik Isma Haniza (S. Exec) dan En Hafiz (Exec)

Gema Padu Sdn Bhd
-En Chan Soon Tiaw (Pengurus) dan En Ismadi (Jurutera)

C.O.B
-En Md Yunus bin Lokman, En Subramaniam dan En Kamarudin Md Zain

Majlis Perbandaran Sepang
-En Ismail (Pegawai Teknikal)

JMB PMV
-En Jamal Masuri (Pengerusi), En Meor (Setiausaha) dan En Ismail (Penyelia Bangunan)

Berikut adalah gambar-gambar semasa lawatan.

Sunday, August 30, 2009

ISU TANAH MENDAP -1








Tanah mendap merupakan satu isu yang menjadi tumpuan dikalangan penduduk di Pangsapuri Megah Villa. Semenjak JMB ditubuhkan, isu ini telah menjadi agenda utama yang sering diperbincangkan. Satu aduan rasmi telah dibuat kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Majlis Daerah Sepang oleh JMB. Turut diadukan, beberapa masalah lain yang menjadi isu diantara SPNB dan Syarikat Gema Padu Sdn Bhd (pemaju Kota Warisan).

Pada 28hb Mei 2009, JMB Pangsapuri Megah Villa (JMB PMV) telah dipanggil oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk menghadiri satu mesyuarat khas membincangkan aduan yang telah dibuat. Turut dipanggil adalah Majlis Perbandaran Sepang, SPNB dan Gema Padu Sdn Bhd.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB. Iskandar Exco Kerajaan Negeri Selangor. Satu keputusan telah dibuat dalam mesyuarat ini, iaitu pihak-pihak yang berkenaan perlu memanggil satu perjumpaan di tapak perumahan dan mengenalpasti punca tanah mendap berlaku.

Pada 9hb Julai 2009, lawatan tapak telah dilakukan di Pangsapuri Megah Villa. Ia dihadiri oleh wakil C.O.B (comitee of building), Majlis Perbandaran Sepang, SPNB, Gema Padu Sdn Bhd dan JMB PMV. Namun pihak JMB PMV sehingga kini masih menanti keputusan hasil lawatan ini.

Friday, August 28, 2009

BONET SALE



Aktiviti Bonet Sale @ Car Boot Sale telah dijalankan secara rasminya pada penghujung bulan Jun 2009. Aktiviti ini diharapkan dapat melahirkan usahawan-usahawan kecil dikalangan penduduk yang berminat untuk berniaga.

Bonet Sale adalah perniagaan barang kering yang dijual secara membuka bonet atau boot kereta dan mempamerkan barang jualan di situ.

Tapak Bonet Sale di Pangsapuri Megah Villa diadakan di kawasan gelanggang sukan berhadapan dewan serbaguna. Waktu perniagaan adalah setap hari Ahad dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pada ketika ini barang yang diniagakan adalah seperti tudung wanita, baju wanita, baju sukan, eksesori wanita, mainan, pakaian bundle, dan bermacam lagi.

Kepada anda semua yang tinggal di sekitar Kota Warisan, kunjungilah Bonet Sale Pangsapuri Megah Villa.

Thursday, August 27, 2009

PENGENALAN


Pangsapuri Megah Villa terdiri daripada 12 blok bangunan yang mengandungi 960 unit keseluruhannya. Ia telah mula diduduki seawal tahun 2003. Setiap blok mengandungi 80 unit. Tingginya pula adalah 5 tingkat. Kini hampir keseluruhan unit telah diduduki dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada pekerja yang berkerja di KLIA atau Putrajaya. Ini kerana lokasinya yang hanya kurang setengah jam dari lokasi tersebut.

Pada peringkat awalnya ia diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada April 2008 pihak SPNB telah mengadakan mesyuarat penubuhan Badan Pengurusan Bersama @ Joint Management Body (JMB). Penubuhan JMB adalah selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan penubuhannya oleh Kerajaan Malaysia. JMB adalah terdiri daripada 13 orang pembeli unit yang dilantik, untuk menguruskan hal-hal berkaitan bangunan dan senggaraannya.

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Megah Villa boleh dihubungi di alamat seperti yang berikut:-

Badan Pengurusan Bersama (JMB)
Pejabat Dewan Serbaguna,
Pangsapuri Megah Villa,
Taman Kota Warisan,
43900 Sepang, Selangor.
No Tel/Fax: 0387066197