Thursday, August 27, 2009

PENGENALAN


Pangsapuri Megah Villa terdiri daripada 12 blok bangunan yang mengandungi 960 unit keseluruhannya. Ia telah mula diduduki seawal tahun 2003. Setiap blok mengandungi 80 unit. Tingginya pula adalah 5 tingkat. Kini hampir keseluruhan unit telah diduduki dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada pekerja yang berkerja di KLIA atau Putrajaya. Ini kerana lokasinya yang hanya kurang setengah jam dari lokasi tersebut.

Pada peringkat awalnya ia diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada April 2008 pihak SPNB telah mengadakan mesyuarat penubuhan Badan Pengurusan Bersama @ Joint Management Body (JMB). Penubuhan JMB adalah selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan penubuhannya oleh Kerajaan Malaysia. JMB adalah terdiri daripada 13 orang pembeli unit yang dilantik, untuk menguruskan hal-hal berkaitan bangunan dan senggaraannya.

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Megah Villa boleh dihubungi di alamat seperti yang berikut:-

Badan Pengurusan Bersama (JMB)
Pejabat Dewan Serbaguna,
Pangsapuri Megah Villa,
Taman Kota Warisan,
43900 Sepang, Selangor.
No Tel/Fax: 0387066197

2 comments:

  1. Salam, tahniah kerana JMB Megah Villa ada website sendiri. Apa kata saya cadangkan supaya pelan pembangunan dan keputusan AGM yang pertama tempoh hari di beritakan disini. Supaya lebih ramai pemilik dapat tahu tentang perkembangan semasa Megah Villa Apartment.

    ReplyDelete