Sunday, August 30, 2009

ISU TANAH MENDAP -1








Tanah mendap merupakan satu isu yang menjadi tumpuan dikalangan penduduk di Pangsapuri Megah Villa. Semenjak JMB ditubuhkan, isu ini telah menjadi agenda utama yang sering diperbincangkan. Satu aduan rasmi telah dibuat kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Majlis Daerah Sepang oleh JMB. Turut diadukan, beberapa masalah lain yang menjadi isu diantara SPNB dan Syarikat Gema Padu Sdn Bhd (pemaju Kota Warisan).

Pada 28hb Mei 2009, JMB Pangsapuri Megah Villa (JMB PMV) telah dipanggil oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk menghadiri satu mesyuarat khas membincangkan aduan yang telah dibuat. Turut dipanggil adalah Majlis Perbandaran Sepang, SPNB dan Gema Padu Sdn Bhd.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB. Iskandar Exco Kerajaan Negeri Selangor. Satu keputusan telah dibuat dalam mesyuarat ini, iaitu pihak-pihak yang berkenaan perlu memanggil satu perjumpaan di tapak perumahan dan mengenalpasti punca tanah mendap berlaku.

Pada 9hb Julai 2009, lawatan tapak telah dilakukan di Pangsapuri Megah Villa. Ia dihadiri oleh wakil C.O.B (comitee of building), Majlis Perbandaran Sepang, SPNB, Gema Padu Sdn Bhd dan JMB PMV. Namun pihak JMB PMV sehingga kini masih menanti keputusan hasil lawatan ini.

Friday, August 28, 2009

BONET SALE



Aktiviti Bonet Sale @ Car Boot Sale telah dijalankan secara rasminya pada penghujung bulan Jun 2009. Aktiviti ini diharapkan dapat melahirkan usahawan-usahawan kecil dikalangan penduduk yang berminat untuk berniaga.

Bonet Sale adalah perniagaan barang kering yang dijual secara membuka bonet atau boot kereta dan mempamerkan barang jualan di situ.

Tapak Bonet Sale di Pangsapuri Megah Villa diadakan di kawasan gelanggang sukan berhadapan dewan serbaguna. Waktu perniagaan adalah setap hari Ahad dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pada ketika ini barang yang diniagakan adalah seperti tudung wanita, baju wanita, baju sukan, eksesori wanita, mainan, pakaian bundle, dan bermacam lagi.

Kepada anda semua yang tinggal di sekitar Kota Warisan, kunjungilah Bonet Sale Pangsapuri Megah Villa.

Thursday, August 27, 2009

PENGENALAN


Pangsapuri Megah Villa terdiri daripada 12 blok bangunan yang mengandungi 960 unit keseluruhannya. Ia telah mula diduduki seawal tahun 2003. Setiap blok mengandungi 80 unit. Tingginya pula adalah 5 tingkat. Kini hampir keseluruhan unit telah diduduki dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada pekerja yang berkerja di KLIA atau Putrajaya. Ini kerana lokasinya yang hanya kurang setengah jam dari lokasi tersebut.

Pada peringkat awalnya ia diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada April 2008 pihak SPNB telah mengadakan mesyuarat penubuhan Badan Pengurusan Bersama @ Joint Management Body (JMB). Penubuhan JMB adalah selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan penubuhannya oleh Kerajaan Malaysia. JMB adalah terdiri daripada 13 orang pembeli unit yang dilantik, untuk menguruskan hal-hal berkaitan bangunan dan senggaraannya.

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Megah Villa boleh dihubungi di alamat seperti yang berikut:-

Badan Pengurusan Bersama (JMB)
Pejabat Dewan Serbaguna,
Pangsapuri Megah Villa,
Taman Kota Warisan,
43900 Sepang, Selangor.
No Tel/Fax: 0387066197