Sunday, August 30, 2009

ISU TANAH MENDAP -1








Tanah mendap merupakan satu isu yang menjadi tumpuan dikalangan penduduk di Pangsapuri Megah Villa. Semenjak JMB ditubuhkan, isu ini telah menjadi agenda utama yang sering diperbincangkan. Satu aduan rasmi telah dibuat kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Majlis Daerah Sepang oleh JMB. Turut diadukan, beberapa masalah lain yang menjadi isu diantara SPNB dan Syarikat Gema Padu Sdn Bhd (pemaju Kota Warisan).

Pada 28hb Mei 2009, JMB Pangsapuri Megah Villa (JMB PMV) telah dipanggil oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk menghadiri satu mesyuarat khas membincangkan aduan yang telah dibuat. Turut dipanggil adalah Majlis Perbandaran Sepang, SPNB dan Gema Padu Sdn Bhd.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB. Iskandar Exco Kerajaan Negeri Selangor. Satu keputusan telah dibuat dalam mesyuarat ini, iaitu pihak-pihak yang berkenaan perlu memanggil satu perjumpaan di tapak perumahan dan mengenalpasti punca tanah mendap berlaku.

Pada 9hb Julai 2009, lawatan tapak telah dilakukan di Pangsapuri Megah Villa. Ia dihadiri oleh wakil C.O.B (comitee of building), Majlis Perbandaran Sepang, SPNB, Gema Padu Sdn Bhd dan JMB PMV. Namun pihak JMB PMV sehingga kini masih menanti keputusan hasil lawatan ini.

No comments:

Post a Comment