Sunday, October 17, 2010

Gelanggang Futsal Pangsapuri Megah Villa

Oktober 2010. Pada bulan lalu satu berita gembira diterima oleh Badan Pengurusan apabila mendapat pengesahan bahawa permohonan membina gelanggang futsal telah mendapat kelulusan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada AGM 2009 tahun lalu, antara agenda yang diluluskan adalah menaik taraf galanggang permainan PMV. Menyedari akan perbelanjaan yang besar diperlukan, maka Pengerusi JMB telah bermuafakat dengan pertubuhan Belia agar memohon kepada kerajaan agar dapat menaja modal bagi tujuan tersebut. Kesinambungan dari itu kertas kerja disediakan dan pada peringkat awalnya gelanggang yang dipohon adalah berbumbung. Tetapi pembinaan bumbung dibatalkan kerana masalah peruntukan yang terhad.

Setelah beberapa lawatan oleh pihak berkenaan maka pada bulan oktober ini pihak kontraktor telah memulakan projek dengan membina tandas diikuti gelanggang, pagar 10 kaki dan lampu spot light.

Pihak Badan Pengurusan mewakili para penduduk keseluruhannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana merealisasikan impian kami.

Berikut adalah gambar kerja awal pembinaan yang telah dilakukan.

1 comment:

  1. bagaimana memohon untuk pembinaan ini? apakah langkah langkahnya...

    ReplyDelete