Monday, April 9, 2012

PENUTUP BUMBUNG BLOK F

April, 2012. Usaha pihak JMB Pangsapuri Megah Villa mendesak pihak pemaju Gema Padu Sdn Bhd supaya memasang penutup laluan kebumbung di BLOK F yang tidak terpasang semenjak bangunan ini terbina sudah sampai ke penghujungnya. Aduan yang dibuat sehingga beberapa kali mesyurat dari pejabat SPNB dan SUK ibarat mencurah air keatas daun keladi.

Akhirnya satu kata putus telah dibuat oleh JMB untuk mengeluarkan kos memasang sendiri penutup bumbung tersebut . Penutup tersebut telah ditempah dan dipasang dengan jayanya.



Wednesday, November 30, 2011

Notis Amaran Pertama Daripada Majlis Perbandaran Sepang

Dec, 2011. Adalah dimaklumkan, pihak Majlis Perbandaran Sepang melalui unit C.O.B akan mengeluarkan surat AMARAN PERTAMA kepada pemilik/pembeli yang gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan unit mereka.

Demi kebaikan bersama, pihak Badan Pengurusan Bersama -JMB Megah Villa amat berharap agar semua penduduk dapat menjelasakan yuran penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan. Sikap menagguhkan pembayaran akan mengakibatkan jumlah baki tertunggak meningkat sehingga ribuan ringgit. Ini akan membebankan pemilik/pembeli unit itu sendiri.

Sehingga saat ini pihak JMB Megah Villa telah berusaha untuk bergerak dan menjalankan tanggung-jawab, walaupun dengan dana yang sedikit. Setiap blok masih disapu, lampu masih bernyala dan bill-bill bulanan berjaya dijelaskan. Namun jumlah kutipan bulanan yang tidak dapat menampung kos operasi akan mengakibatkan belanjawan defisit dan membahayakan keupayaan JMB itu sendiri untuk bergerak menjalankan tugasnya.

Semenjak tahun 2003, yuran penyelenggaraan masih kekal pada RM38.50 sebulan. Kini hampir 8 tahun, kadar yuran ini masih dikekalkan, walaupun kos bahan dan tenaga kerja kian meningkat. Sekali lagi JMB Megah Villa menyeru para pemilik/pembeli menunaikan tanggungjawab membayar yuran tersebut, demi kebaikan bersama...

Tuesday, October 11, 2011

GEMA PADU SDN BHD

Pangsapuri Megah Villa telah dibina oleh pemaju Gema Padu Sdn Bhd. Setelah siap dibina, 960 unit pangsapuri tersebut telah dijual kepada SPNB yang bertindak sebagai penjual unit tersebut kepada pembeli melalui program rumah kos rendah.

Akan tetapi ibarat kata pepatah, 'rumah siap, pahat berbunyi'. Semenjak JMB ditubuhkan pada tahun 2008, isu - isu berbangkit telah diutarakan kepada Gema Padu SB. Antaranya adalah;


  • Tanah mendap
  • Tiada penutup laluan ke bumbung blok F
  • Pengasingan meter TNB bagi penggunaan lampu jalan dan lampu blok
  • Saluran paip najis dalam lorong blok ke JPP bermasalah

Setelah aduan dibuat kepada pihak yang terlibat sehingga beberapa mesyuarat di pejabat SPNB, pejabat SUK dan lawatan tapak bersama pihak Majlis Perbandaran Sepang, tiada hasil yang diperolehi. Tindakan yang diambil oleh Gema Padu SB cuma memberi tanah untuk ditambak. Ibarat melepaskan batuk ditangga, tanah yang ditambak itu kini mendap semula...

Masalah-masalah lain pula, tiada langsung tindakan. Surat permohonan membuat temujanji dengan Gema Padu SB juga tidak dilayan....Sebagai rujukan klik link dibawah bagaimana pihak JMB Megah Villa berusaha menangani isu ini....




Sunday, August 7, 2011

OPERASI BUKA PIRING ASTRO

Dalam bulan Julai 2011 yang lalu, pihak JMB Pangsapuri Megah Villa telah memulakan operasi buka piring Astro. Makluman kepada Suruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Sepang dan pihak polis telah dilakukan. Sebelum itu notis membuka piring astro ditempat yang tidak dibenarkan telah diberi kepada pemilik berkenaan.

Dua notis amaran telah diberi supaya pemilik piring astro tersebut memindahkan piring berkenaan keatas bumbung. Kepada mereka yang gagal mematuhi notis maka kompaun RM30 dan buka piring astro terpaksa dilakukan oleh pihak pengurusan.

Tindakan ini terpaksa diambil bagi tujuan;
  • Menguatkuasakan peraturan kediaman
  • Mengindahkan lagi blok pangsapuri
  • Mengelak kerosakan pada dinding blok akibat wall plug yang ditanam
Dikesempatan ini JMB Pangsapuri Megah Villa mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang telah memberi kerjasama sepanjang operasi ini berjalan.

BAIK PULIH LAMPU JALAN

Pada 1 Julai 2011, operasi baik pulih lampu jalan dan taman telah dijalankan. Sebanyak 8 tiang lampu telah dibaik pulih. Beberapa aduan kerosakan lampu jalan telah lama diterima. Tetapi kerana faktor kos, pihak JMB terpaksa menangguhkan kerja baik pulih.

Berkenaan dengan lampu jalan ini pihak JMB Pangsapuri Megah Villa masih menanggung kos bil elektriknya yang berjumlah RM4000 sebulan. Ia adalah termasuk penggunaan letrik dalam blok dan taman.

Semenjak tahun 2009, ini adalah kali kedua kerja baik pulih lampu dijalankan....

OPERASI CUCI BLOK

Bermula dari 18 Julai 2011, JMB Pangsapuri Megah Villa telah memulakan operasi cuci blok secara berperingkat. Bermula dari blok L, sehingga hari ini telah sampai ke blok H. 5 buah blok telah dicuci dan 7 blok lagi akan menyusul kemudian. 

Target JMB agar dapat 
  • Membersihkan lumut dan kotoran di sepanjang laluan dan dinding
  • Membersihkan main hole
  • Mengenal pasti tahap kerosakan cat di dinding.
Alat yang digunakan adalah 
  • Mesin Pump Air
  • Water Jet
  • Berus Lantai
  • Rotan Main Hole
Usaha ini diharapkan dapat mengindahkan lagi pansapuri kita.



Saturday, July 30, 2011

Ahli Jawatan Kuasa Baru JMB

Pada 28 Mei yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) JMB Pangsapuri Megah Villa. Pada AGM kali ini terdapat pemilihan AJK-AJK baru. Setelah menjalankan mesyuarat bulanan yang pertama, pembahagian tugas dikalangan AJK telah dilakukan. Berikut adalah keputusannya;


PENGERUSI
-En. Meor Azmi bin Meor Raflan

SETIAUSAHA
-En Abdul Aziz bin Mohamad Said

BENDAHARI
-En. Mohd Masrom bin Supari

AJK-AJK

Operasi 

En. Zulkifli bin Arifin
En. Shoeid bin Rajali

Penyelenggaraan

En. Jalil bin Abdul Rosip
En. Lokman bin Mohd Amin

Keselamatan

En. Markawi bin Ghazali
En. Anuar bin Dagang (wakil blok)

Kualiti Dan Pembangunan

En. Asa bin Abd Majid
En. Zainal bin Abdul Rahman