Dec, 2011. Adalah dimaklumkan, pihak Majlis Perbandaran Sepang melalui unit C.O.B akan mengeluarkan surat AMARAN PERTAMA kepada pemilik/pembeli yang gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan unit mereka.
Demi kebaikan bersama, pihak Badan Pengurusan Bersama -JMB Megah Villa amat berharap agar semua penduduk dapat menjelasakan yuran penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan. Sikap menagguhkan pembayaran akan mengakibatkan jumlah baki tertunggak meningkat sehingga ribuan ringgit. Ini akan membebankan pemilik/pembeli unit itu sendiri.
Sehingga saat ini pihak JMB Megah Villa telah berusaha untuk bergerak dan menjalankan tanggung-jawab, walaupun dengan dana yang sedikit. Setiap blok masih disapu, lampu masih bernyala dan bill-bill bulanan berjaya dijelaskan. Namun jumlah kutipan bulanan yang tidak dapat menampung kos operasi akan mengakibatkan belanjawan defisit dan membahayakan keupayaan JMB itu sendiri untuk bergerak menjalankan tugasnya.
Semenjak tahun 2003, yuran penyelenggaraan masih kekal pada RM38.50 sebulan. Kini hampir 8 tahun, kadar yuran ini masih dikekalkan, walaupun kos bahan dan tenaga kerja kian meningkat. Sekali lagi JMB Megah Villa menyeru para pemilik/pembeli menunaikan tanggungjawab membayar yuran tersebut, demi kebaikan bersama...
SEPAKAT-HARMONI-INDAH-CERIA.... "Perkembangan aktiviti terkini, rancangan masa depan dan perlaksanaannya untuk tatapan anda"
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, October 11, 2011
GEMA PADU SDN BHD
Pangsapuri Megah Villa telah dibina oleh pemaju Gema Padu Sdn Bhd. Setelah siap dibina, 960 unit pangsapuri tersebut telah dijual kepada SPNB yang bertindak sebagai penjual unit tersebut kepada pembeli melalui program rumah kos rendah.
Akan tetapi ibarat kata pepatah, 'rumah siap, pahat berbunyi'. Semenjak JMB ditubuhkan pada tahun 2008, isu - isu berbangkit telah diutarakan kepada Gema Padu SB. Antaranya adalah;
Akan tetapi ibarat kata pepatah, 'rumah siap, pahat berbunyi'. Semenjak JMB ditubuhkan pada tahun 2008, isu - isu berbangkit telah diutarakan kepada Gema Padu SB. Antaranya adalah;
- Tanah mendap
- Tiada penutup laluan ke bumbung blok F
- Pengasingan meter TNB bagi penggunaan lampu jalan dan lampu blok
- Saluran paip najis dalam lorong blok ke JPP bermasalah
Setelah aduan dibuat kepada pihak yang terlibat sehingga beberapa mesyuarat di pejabat SPNB, pejabat SUK dan lawatan tapak bersama pihak Majlis Perbandaran Sepang, tiada hasil yang diperolehi. Tindakan yang diambil oleh Gema Padu SB cuma memberi tanah untuk ditambak. Ibarat melepaskan batuk ditangga, tanah yang ditambak itu kini mendap semula...
Masalah-masalah lain pula, tiada langsung tindakan. Surat permohonan membuat temujanji dengan Gema Padu SB juga tidak dilayan....Sebagai rujukan klik link dibawah bagaimana pihak JMB Megah Villa berusaha menangani isu ini....
Sunday, August 7, 2011
OPERASI BUKA PIRING ASTRO
Dalam bulan Julai 2011 yang lalu, pihak JMB Pangsapuri Megah Villa telah memulakan operasi buka piring Astro. Makluman kepada Suruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Sepang dan pihak polis telah dilakukan. Sebelum itu notis membuka piring astro ditempat yang tidak dibenarkan telah diberi kepada pemilik berkenaan.
Dua notis amaran telah diberi supaya pemilik piring astro tersebut memindahkan piring berkenaan keatas bumbung. Kepada mereka yang gagal mematuhi notis maka kompaun RM30 dan buka piring astro terpaksa dilakukan oleh pihak pengurusan.
Tindakan ini terpaksa diambil bagi tujuan;
- Menguatkuasakan peraturan kediaman
- Mengindahkan lagi blok pangsapuri
- Mengelak kerosakan pada dinding blok akibat wall plug yang ditanam
Dikesempatan ini JMB Pangsapuri Megah Villa mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang telah memberi kerjasama sepanjang operasi ini berjalan.
BAIK PULIH LAMPU JALAN
Pada 1 Julai 2011, operasi baik pulih lampu jalan dan taman telah dijalankan. Sebanyak 8 tiang lampu telah dibaik pulih. Beberapa aduan kerosakan lampu jalan telah lama diterima. Tetapi kerana faktor kos, pihak JMB terpaksa menangguhkan kerja baik pulih.
Berkenaan dengan lampu jalan ini pihak JMB Pangsapuri Megah Villa masih menanggung kos bil elektriknya yang berjumlah RM4000 sebulan. Ia adalah termasuk penggunaan letrik dalam blok dan taman.
Semenjak tahun 2009, ini adalah kali kedua kerja baik pulih lampu dijalankan....
Berkenaan dengan lampu jalan ini pihak JMB Pangsapuri Megah Villa masih menanggung kos bil elektriknya yang berjumlah RM4000 sebulan. Ia adalah termasuk penggunaan letrik dalam blok dan taman.
Semenjak tahun 2009, ini adalah kali kedua kerja baik pulih lampu dijalankan....
OPERASI CUCI BLOK
Bermula dari 18 Julai 2011, JMB Pangsapuri Megah Villa telah memulakan operasi cuci blok secara berperingkat. Bermula dari blok L, sehingga hari ini telah sampai ke blok H. 5 buah blok telah dicuci dan 7 blok lagi akan menyusul kemudian.
Target JMB agar dapat
Saturday, July 30, 2011
Ahli Jawatan Kuasa Baru JMB
Pada 28 Mei yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) JMB Pangsapuri Megah Villa. Pada AGM kali ini terdapat pemilihan AJK-AJK baru. Setelah menjalankan mesyuarat bulanan yang pertama, pembahagian tugas dikalangan AJK telah dilakukan. Berikut adalah keputusannya;
PENGERUSI
-En. Meor Azmi bin Meor Raflan
SETIAUSAHA
-En Abdul Aziz bin Mohamad Said
BENDAHARI
-En. Mohd Masrom bin Supari
AJK-AJK
Operasi
En. Zulkifli bin Arifin
En. Shoeid bin Rajali
Penyelenggaraan
En. Jalil bin Abdul Rosip
En. Lokman bin Mohd Amin
Keselamatan
En. Markawi bin Ghazali
En. Anuar bin Dagang (wakil blok)
Kualiti Dan Pembangunan
En. Asa bin Abd Majid
En. Zainal bin Abdul Rahman
Friday, June 24, 2011
Lawatan KPKT Ke Pangsapuri Megah Villa
Pada 16 Mei lalu, JMB Pangsapuri Megah Villa telah dilawati oleh 2 orang pegawai dari KPKT diiringi oleh COB Majlis Perbandaran Sepang.
Lawatan bertujuan meninjau perjalanan JMB menguruskan pangsapuri kos rendah. Antara topik yang dibincangkan adalah berkenaan cara meningkatkan jumlah kutipan caj penyelenggaraan.
Lawatan bertujuan meninjau perjalanan JMB menguruskan pangsapuri kos rendah. Antara topik yang dibincangkan adalah berkenaan cara meningkatkan jumlah kutipan caj penyelenggaraan.
Tuesday, May 17, 2011
MESYUARAT AGONG TAHUNAN (AGM) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) PANGSAPURI MEGAH VILLA
PENGUMUMAN: NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGONG (AGM)- BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) PANGSAPURI MEGAH VILLA
AGENDA UTAMA: PEMILIHAN AHLI JMC BARU PENGGAL 2011-2014
Semua pemilik/pembeli adalah dijemput hadir. Terima kasih.
- Hari : Sabtu
- Tarikh : 28 Mei 2011
- Masa : 10.00 pagi
- Tempat : Dewan Pangsapuri Megah Villa, Kota Warisan.
AGENDA UTAMA: PEMILIHAN AHLI JMC BARU PENGGAL 2011-2014
Semua pemilik/pembeli adalah dijemput hadir. Terima kasih.
Friday, April 1, 2011
MAKLUMAN BERKENAAN AGM 2011
- Penggal pentadbiran JMC yang terpilih pada april 2008 sudah menghampiri penghujungnya.
- Proses audit bagi akaun penyelenggaraan 2010 sedang berjalan.
- Tarikh AGM 2011 akan berlangsung pada akhir April atau awal Mei 2011.
- Kepada pemilik/pembeli unit yang berminat menjadi calon wajib menjelaskan yuran penyelenggaraan dengan kadar segera supaya tiada tunggakan.
- Mengikut akta 663, hanya pemilik atau pembeli unit yang tiada tunggakan yuran penyelenggaraan sahaja layak menjadi bersuara, mengundi dan menjadi calon JMC.
- Notis panggilan mesyuarat akan diedarkan tidak lama lagi. Oleh itu kepada pemilik/pembeli unit yang tinggal diluar Pangsapuri Megah Villa haruslah memperbaharui alamat mereka yang terkini dengan kadar yang segera di pejabat pengurusan.
Diharapkan sedikit makluman diatas dapat membantu melancarkan program AGM yang bakal barlangsung nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)