Antara agenda yang telah diluluskan adalah:
- mengesahkan minit AGM 2009
- mengesahkan laporan kewangan 2009
Tiada agenda pembangunan dibentangkan kerana agenda yang telah diluluskan pada AGM 2009 yang lalu masih
banyak yang belum terlaksana kerana masalah ketiadaan peruntukan yang mencukupi.
Untuk makluman, pada AGM tahun hadapan akan diadakan pemilihan baru ahli JMB. Diharapkan akan terdapat muka-muka baru yang benar-benar dapat berkhidmat dan memberi sumbangan atau idea bagi pembangunan Pangsapuri Megah Villa.